Tuesday 15 November 2011

NILAI BITARA

 
KURSUS

KKD 2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH



GROUP : EL-D12



PENSYARAH :

Dr.Kannamah A/P Mottan





SOALAN :

TUGASAN 2



TAJUK TUGASAN :

LIMA ASPEK GURU BERKESAN BERDASARKAN
NILAI –NILAI BITARA



NAMA :

MAKHFUZAH BT ISMAIL



NO. MATRIK :

D20102046800






Tugasan 2



Pengenalan Nilai-Nilai Bitara UPSI


Nilai-nilai Bitara UPSI adalah merupakan satu penanda aras bagi mengukur guru-

guru.Ukuran seseorang guru yang dihasilkan  adalah berbeza diantara universiti dengan 

universiti yang lain.



 Definasi Nilai-Nilai Bitar


Mengikut KKD 2063,Bitara membawa maksud unik.unggul,tiada tolok bandingannya

 dan lain dari yang lain. Universiti  Pendidikan sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai

yang membentuk personality Bitara yang mesti dimiliap ki oleh staf dan juga para

pelajarnya.Enam nilai  itu adalah integriti,professional,.semangat

berrpasukan,berorentasikan pelanggan, kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan

inovatif



 Ciri-ciri Guru Berkesan


Mengikut laman web UPSI, cirri-ciri guru berkesan mengikut Dato Dr Abdul  Shukor

Abdullah merangkap Ketua Pengarah Pelajaran  adalah :


  1. Bersikap profesianal
  2. Mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu
  4. Bertindak diatas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
  7. Prihatin dngan kehendk murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan atau kelemahan murid-murid
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahirang  yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia,berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Memastikan “ Guru  mengajar murid belajar” wujud didalam kelas.
  12. Berupaya melahirkan“persekolahan berwatak”supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan seba boleh.
  13. Berupaya membina mind pelajar yang cemerlang akademik.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral,berakhlak mulian, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu.  
  14. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya  mempertahankan martabat profesionnya.
  15. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  16. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

  

Apa itu Nilai Bitara UPSI

 Secara ringkasnya,nilai-nilai Bitara UPSI  ada 6 kompenan iaitu Integrati, professional,

semangat berpasukan,berorentasikan pelanggan,prihatin kebajikan anggota dan kreatif

serta inovatf.




  1. Integriti

Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip

moral tinggi atau tahap profesionalisma.Ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten

 yang tidak boleh dipisahkan. Sebagai guru, personaliti Bitara ri amat penting bagi masa

depan cemerlang. Dalam membentuk personaliti Bitara, nilai Integriti mempunyai 4

pertunjuk iaitu bersikap adil,amanah,akauntabiliti dan telus.  

          Maksud adil ialah meletakkan sesuatu pada haknya. Petunjuk adil merujuk guru

menggunakan masa yang betul  tidak imencuri tulang niaitu guru  memulakan dan

menamatkan kuliah tepat masanya.

            Seterusnya, amanah bermaksud  menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri

sendiri dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu .Dengan kata

 lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang diberi kepercayaan

bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya

(Mohd Nakhaie Hj Ahmad 1996).Petunjuk amanah merujuk bersikap amanah dengan

 menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran.Guru menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut perancangan yang betul.

           Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus . Guru mestilah

melaksanakan proses pengajaran secara telus.

          Petunjuk Akauntabiliti merujuk kepada guru harus mempamerkan sikap

akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut

rancangan instruksi yang ditetapkan.sekiranya guru diberi tugasan yang perlu disiapkan

segera,maka mesti bertanggungjawab dan melaksanakan dengan segera.



  1. Profesional

 Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran  dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri  mencapai tahap kompentensi yang dikehendaki. .Sebagai seorang guru ,anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya.Hasil tugasan mestilah meningkat secara berterusan.Nilai professional mempunyai empat petunjuk  iaitu beretika,iltizam,cinta ilmu dan kompeten.


Petunjuk Beretika bermaksud guru mesti mengutamakan kepentingan organisasi dimana maruah guru atau rakan sekerja dan murid-murid juga harus dipelihara.Guru tidak boleh mengaibkan murid kepada umum atau tidak sumbang dibelakang mereka.


Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan ritugasan dengan penuh semangat dan dedikasi.Petunjuk iltizam ini menjuruskan kepada tugasan guru yang perlu dirancang dan bertanggungjawab keatasnya tanpa mengira masa walaupun ia melibatkan hari cuti. Contohnys, cuti sekolah tetapi guru mesti mengajar tambahan untuk murid-murid. Disini guru tidak boleh menganggapnya satu beban tapi anggaplah satu ibadah.


Seterusnya, petunjuk cinta ilmu merujuk kepada guru supaya berterusan membuat penyelidikan dalam bidang tugas perguruan.Pada era globalisasi ini , kita seharusnya life- long learner ataupun menjadi pelajar sepanjang hayat.


Petunjuk kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan dan harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditetapkan



  1. Semangat Berpasukan
Semangat berpasukan adalah sekelompok moda insane yang bekerja tolong menolong dibawahl satu kepimpinan,untuk mencapai satu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu.Semangat berpasukan juga mempunyai 4 petunjuk iaitu muafakat, focus matlamat, hormat menghormati dan bangga UPSI.


Petunjuk Muafakat iaitu mempunyai sikap muafakat dalam kerja kumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama.Dimana dalam kumpulan kita mesti bekerjasama,yang tua membimbing yang muda,tiada prasangka,tiada salah faham dan saling bantu membantu dan memberi galakan kepada yang memerlukan.


Petunjuk Fokus Matlamat merujuk kepada ahli kumpulan mesti bekerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI. Justeru itu, matlamat jangka panjang dan jangka pendek perlu dirancang sebagai langkah keberkesanan dalam pencapaian .


Petunjuk hormat menghormati ialah sikap hormat menghormati harus ditanam dalam kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kumpulan.Penghormatan perlu diberi tidak kira muda atau tua.Sekiranya guru yang tersilap,guru harus meminta maaf dari muridnya.


Manakala petunjuk bangga UPSI adalah sikap yang harus ditanam dalam setiap pelajar. Pelajar haruslah mempromosikan kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum.Kita harus memelihara dan mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayaan dan kegagalan UPSI.



  1. Berorentasikan Pelanggan
 Nilai Bitara berorentasikan pelanggan ialah kepuasan pelanggan berlandaskan suatu perkhiodmatan kearah kepuasan orang lain atau pelanggan yang mendapat perkhidmatan.Pelanggan yang dimaksudkan adalah pensyarah di universiti dan murid bagi seseorang guru. Nilai Bitara berorentasikan pelanggan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu responsive,proaktif,mesra dan berkualiti.


Petunjuk Responsif memberi gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera.Pelajar yang responsif adalah pelajar yang cepat mencari maklumat,segera bertindak dan tidak menunggu arahan . Sekiranya tugasan diberi pelajar responsive akan menyiapkan tugasan lebih awal dari tarikh yang dijanjikan.


Petunjuk  proaktif sangat penting dalam setiap diri individu samada individu itu seorang pelajar,guru,staf sokongan dan sebagainya. Individu yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga, menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebaran halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan.


Petunjuk mesra adalah satu aspek penting dalam menjadi seorang guru.Guru yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah.Sentiasa mengamalkan senyum, mengangguk kepala apabila berjumpa rakan sekerja, memberi salam, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu dilakukan secara konsisten.


Petunjuk berkualiti adalah melakukan sesuatu kerja  atau tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam Nilai  Bitara berorentasikan pelanggan.Kerja berkualiti merupakan kerjsa yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan anda dan menepati kehendak pelanggan serta nenepati  kriteria  sesuatu kerja atau standard tertentu.



  1. Prihatin Kebajikan Anggota
                                                               
Nilai Bitara yang kelima ialah prihatin kebajikan anggota dimana nilai ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu peluang untuk maju,empati,penghargaan dan keselesaan persekitaran..


Petunjuk peluang untuk maju merujuk terhadap sikap prihatin terhadap kebajikan anggota juga boleh dikatakan seperti anda mengambil berat terhadap rakan anda dipersekitaran anda.


Manakala petunjuk empati pula bermaksud perasaan murni yang perlu ada dalam diri anda sebagai seorang pelajar universiti dan seorang bakal guru.Jika rakan anda mempunyai masalah keluarga dan anda tahu bagaimana untuk membantu cukuplah sekadar menjadi pendengar  dan cuba merasai masalah rakan anda.Di sini rakan anda merasakan dirinya diambil berat.


Petunjuk penghargaan adalah sikap yang penting bagi seorang guru.Penghargaan  yang boleh dibuat seperti mengucapkan tahniah mengucapkan terima kasih,memberikan senyuman,memberi ucapan untuk hari-hari tertentu dan memberi anggukan pun sudah memberi penghargaan kepada seseorang.Penghargaan untuk pelajar dengan cara mengucapkan tahniah atau memberi bintangd hasil kerja yang dibuat sudah menjadikan murid tersenyum lebar.


Petunjuk keselesaan persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada anda melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan.Sekiranya sikap kita ramah,mudah senyum pasti hubungan dengan rakan akan menjadi selesa. Begitu juga,kita mesti memajukan diri kita dengan mencari pelbagai maklumat bagi meningkatkan potensi diri seperti mengikuti seminar,prigram motivasi dqan sebagainya.



  1. Kreatif dan inovatif
Kreatif dimaksudkan dengan kebolehan individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah, system,adat dan sebagainya.Kreatif dibahagikan kepada beberapa petunjuk iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan tambah nilai.


Petunjuk berdaya cipta menghendaki guru perlu bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul, terkini dan mantap kepada murid-murid di kelas.Guru juga perlu mengambil bahagiaan dalam pertandingan,peraduan dan sebagainya  bagi merangsang kreativiti anda dan daya rekacipta anda dalam pelbagai bidang khususnya bidang akademik.


Petunjuk penambahbaikan berterusan merangkumi cara mengajar,pendekatan baru untuk mengajar,campuran pelbagai teknik pengajaran, latihan dan kerja secara berkumpulan.selain itu, penambahbaikan secara berterusan juga boleh dilihat dari segi penyelidikan dimana penyelidikan sentiasa memperbaharui penemuan yang sedia ada.


Petunjuk rebut peluang memerlukan guru atau pelajar bijak merebut peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan ilmu. Contohnya merebut peluang untuk dating ke seminar yang diadakan.

Petunjuk nilai tambah bermaksud anda menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar,kemudahan sistem portal pelajar di universiti sebaik mungkin. Di sekolah juga, anda menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan anda kepada pelajar-pelajar dan rakan sejawat.



Huraian lima aspek ciri-ciri guru berkesan dengan  Nilai Bitara.

 Guru berkesan ialah guru yang dapat membawa murid kearah kearah kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga akhlaknya .Dimana usaha –usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (kaizen),komitmen dan boleh menjadi ikutan (role model) sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan hala tuju(direction) yang jelas,betul dan tepat dapat dicapai.





1)     Bersikap profesional

 Kata profesional berasal dari perkataan profesyen,menurut(Syarifuddin Narudin) memberi erti sebagai suatu pekerjaan yang memerlukan pendidikan berterusan di dalam sains dan teknologi yang digunakan sebagai peringkat dasar untuk diimplementasikan dalam pelbagai kegiatan bermanafaat.Profesional itu adalah seseorang yang dipercayai memiliki kemampuan khusus untuk melakukan satu bidang kerja dengan hasil yang tinggi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan  tenteng sesuatu pekerjaan.Jika disandarkan maksud professional  kepada guru, maka menurut Danim, “ guru  professional adalah guru yang memiliki kompetensi tertentu sesuai dengan tuntutan profesyen perguruan.Terdapat 10 ciri guru yang professional:




10 ciri guru professional


1. Memberi perhatian terhadap murid

Seorang guru yang baik menaruh perhatian pada siswa di setiap percakapan atau diskusi dengan mereka. Guru yang baik juga mempunyai kemahiran mendengar dengan baik.

2. Objektif pelajaran yang jelas
Seorang guru yang baik menetapkan tujuan yang jelas untuk setiap pelajaran dan bekerja untuk memenuhi tujuan tertentu dalam setiap kelas.

3. Mempunyai  keterampilan dan disiplin  yang efektif
Seorang guru yang baik memiliki keterampilan disiplin yang efektif sehingga dapat mempromosikan perubahan perilaku positif di dalam kelas.

 4. Mengawal  kelas yang baik
Seorang guru yang baik memiliki keterampilan mengawal kelas yang baik dan dapat memastikan perilaku murid yang baik, semasa murid belajar dan bekerjasama secara efektif, menanamkan rasa hormat kepada seluruh komponen didalam kelas.

5. Boleh  berkomunikasi dengan Baik
Seorang guru yang baik menjaga komunikasi terbuka dengan orang tua dan membuat mereka selalu update informasi tentang apa yang sedang terjadi di dalam kelas dalam hal kurikulum, disiplin, dan isu lainnya. Mereka membuat diri mereka selalu bersedia memenuhi  panggilan telefon, email dan sekarang, twitter.

6. Mempunyai harapan yang tinggi kepada murid
Seorang guru yang baik memiliki harapan yang tinggi kepada murid dan mendorong semua murid  dikelasnya untuk selalu bekerja dan mengerahkan potensi terbaik mereka.

7. Pengetahuan tentang Kurikulum
Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan mendalam tentang kurikulum sekolah dan standard-standard lain. Mereka dengan sekuat tenaga  memastikan pengajaran mereka memenuhi standard-standard itu.

8. Pengetahuan tentang subjek yang diajar
Hal ini mungkin sudah jelas, tetapi kadang-kadang diabaikan. Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan yang luar biasa dan antusiasme untuk subjek yang mereka ajarkan. Mereka siap untuk menjawab pertanyaan dan menyimpan bahan menarik kepada murid , bahkan bekerjasama  demi pembelajaran yang kolaboratif.

9. Selalu memberikan yang terbaik kepada murid-murid dalam proses Pengajaran
Seorang guru yang baik, seronok mengajar dan bekerja dengan murid-murid. Mereka gembira dapat mempengaruhi murid dalam kehidupan  mereka atau pengaruh yang mereka miliki dalam kehidupan murid sekarang dan seterusnya.

10. Mempunyai hubungan yang baik dengan murid
Seorang guru yang baik mengembangkan hubungan yang kuat dan saling hormat menghormati dan saling percaya mempercayai dengan murid .

Mengikut pandangan Islam pula, Al-Quran sebagai pegangan hidup setiap muslim, memberikan kita  agar menjadi profesional unggul di bidangnya masing-masing. Jaminannya, tidak hanya bahagia dunia namun juga di akhirat.

Alloh SWT menceritakan ciri-ciri pekerja (profesional) yang baik dalam beberapa ayat al-Quran, salah satunya dalam ayat ini, Allah SWT menceritakan dalam QS Yusuf 55 mengenai permintaan nabi Yusuf as kepada raja, agar ia dijadikan sebagai staff keuangan negara.

“Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.”

Dalam ayat ini dijelaskan bahwa kriteria pekerja yang baik (staff kewangan negara) adalah yang pandai menjaga dan berpengetahuanan

Selanjutnya dalam ayat lain, Alloh SWT menceritakan dalam QS al-Baqarah 247 tentang raja Thalut. Bani Israil meminta diberikan pemimpin perang untuk mengalahkan Djalut. Mereka memiliki paradigma bahwa seorang pemimpin haruslah seorang yang kaya. Namun paradigma itu dibantah nabi.

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat thalut menjadi rajamu”. Mereka menjawab: “bagaimana thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang  dia pun tidak diberi kekayaan yang banyak?” (nabi mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” 

Dari penjelasan kedua ayat diatas, kita rungkaikan bahawa profesional yang unggul yang dijelaskan dalam al-Quran haruslah memiliki 3 kekuatan yakni kekuaran fizikal kekuatan pengetahuan (knowledge) dan kekuatan attitude (amanah). Ketiga sifat ini haruslah dimiliki secara terintegrasi bukan parsial. Apalah ertinya memiliki kecerdasan dan fizikal yang baik jika tidak diimbangi dengan sifat amanah. Yang ada, akan mendapatkan kehancuran bagi diri dan lingkungan sekitarnya.  

Lalu, bagaimana agar kita dapat memperolehi ketiga kekuatan tersebut??

Nabi Muhammad saw pernah bersabda “Mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah“. Dalam hal ini Nabi memuji seorang mukmin yang kuat dibandingkan mukmin yang lemah. Para ahli menafsirkan bahwa ‘kuat’ yang dimaksud di sini tidak hanya kuat secara fizikal namun yang terpenting adalah kuat dalam keyakinan.

Ternyata, inilah sifat utama yang harus kita miliki agar dapat menggapai kebahagiaan dalam meniti ciri profesional. Langkah pertama, pelajarilah keyakinan ajaran islam dengan sungguh-sungguh, agar memiliki Way of Thingking aqidah Islam yang benar. Kerana dengan keyakinan yang kuat dan kukuh, secara otomatis akan mendorong ‘kemahuan’ yang kuat untuk berbuat sesuatu yang positif.  Akhirnya, kekuatan yang lainnya pun akan diperoleh.




Fenomena ini sudah dibuktikan sendiri oleh nabi Muhammad selama beliau membina para sahabat. Dengan kekuatan keyakinan, Rasululloh telah mencetak para sahabat yang asalnya ‘gerombolan’ yang tidak teratur di tengah padang pasir, berubah menjadi umat manusia terbaik sepanjang sejarah. Jadilah meraka sebagai komunitas dengan budaya agung yang menguasai sepertiga dunia dalam waktu relatif singkat.

Demikianlah al-Quran dan Hadits Nabi memberikan petunjuk bagi mereka yang menginginkan  profesional yang hakiki, dunia dan akhirat.Justeru itu, wajarlah seseorang guru yang berkesan memiliki ciri professional ini dalam menghadapi dunia global ini.



2)Integriti

Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten.Integriti adalah faktor yang jika diamalkan boleh membina keutuhan pengurusan organisasi (Nik Mustapha 2003; Syed Azzauddin 2005;Abdullah Ahmad Badawi 2006).Guru yang berintegriti akanberpegang kepada nilai. Nilai-nilai sejagat seperti amanah,berlaku adil,tanggungjawab,hormat menghormati,bertimbang rasa,bersopan dan bijak merancang perlu ada dalam diri seorang pendidik.Harus wujud keterbukaan dan ketelusan dalam pengurusan atau dalam konteks pengajaran.

        Nilai Integriti ini bersesuaian dengan ciri  guru berkesan yang ke -16 iaitu taat dan

setia terhadap perkhidmatan mempertahankan profesyen perguruan.Kita dapat lihat,seseorang yang bersikap integriti akan bersikap amanah dalam melaksanakan tugas samada dengan murid,rakan,pentadbir dan  staf atau berkenaan dengan dokumen-dokumen rahsia sekolah.Seorang guru yang taat setia terhadap perkhidmatan akan menggunakan masa yang tepat dengan memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran dengan masa yang diberikan.

         Seorang guru yang  berintegriti perlu adil pada diri sendiri terutamanya dalam melaksanakan proses pemgajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang ditetapkan. Jika seseorang itu tidakn adil dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,contohnya,murid A menjawab betul-Guru memuji murid B menjawab salah-Guru menyalahkan murid.Keadaan ini tidak betul kerana seorang guru mesti memberi motivasi kepada murid apabila  kesilapan terjadi.

Guru J-Qaf dan guru Pendidikan Islam contohnya,terpaksa menjalankan 4 kali setahun kem solat  dan khemah ibadah  yang menuntut guru bekerja pada hari cuti umum.Disinilah kita nampak akauntabiliti seseorang guru.Segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri haruslah dipikul dan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak.Apa yang penting dalam setiap kerja buat kita sebagai guru mestilah telus dan taat kepada perkhidmatan kita.

3) Semangat berpasukan

Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan satu-satu jabatan atau kepimpinan dalam menjayakan peningkatan kualiti.Semangat ini dipraktikan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan.

Peningkatan  kualitij hasil pengajaran bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada seorang guru .Ini kerana masalah –masalah dalam proses pengajaran,murid –murid yang bermasalah dan pelbagai lagiDalam keadaan demikian,setiap pihak atau guru dalam sekolah perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada digemblengkan sepenuhnya. Contohnya, murid lemah dalam subjek Matematik, telah diadakan kelas tambahan waktu petang.Di SK Sungai Sam,Kuala Krai Kelantan dimana semua guru mengembleng tenaga dalam mendengar dan menyoal sifir kepada murid tidak kira ustazah atau guru masing-masing bekerjasama tidak kira walaupun pada masa rehat guru .Hasilnya,peningkatan dalam mata pelajaran Matematik.

Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan langsung boleh mengukuhkan 3 aspek penting kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat-maklumat dan idea-idea dan lebih meluas,semangat saling percaya-mempercayai dan komunikasi yang lancar sesame guru,staf,pelajar dan juga pentadbir.Dalam suasana kerja berpasukan, guru atau kakitangan mudah menjalankan perasaan hormat-menghormati sesama mereka Seorang guru perlu menghormati hak dan keistimewaan orang lain dalah sikap utama dalam menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan.

4)Berorentasikan pelanggan

     Kualiti ialah sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Keluaran yang berkualiti ialah keluaran yang dapat memuaskan hati pelanggan yang menjadi sasaran. Kepuasan pelanggan adalah melandaskan suatu perkhidmatan kearah kepuasan orang lain atau pelan yang mendapat perkhidmatan. Pelanggan yang dimaksudkan adalah pensyarah di universiti dan murid  di sekolah.Sebab itulah di bawah TQM, jabatan-jabatan dikehendaki mengutamakan pelanggan masing-masing di dalam segala aspek tindakan.

      Untuk membolehkan jabatan mengeluarkan output yang berkualiti, ia perlulah terlebih dahulu mengetahui kehendak pelanggan. Maklumat itu kemudiannya dijadikan asas untuk menentukan ciri-ciri yang harus ada pada output berkenaan.Ia nya meliputi:

    1. Kenalpasti pelanggan
    2. Kenalpasti kehendak pelanggan.
    3. Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti output.
    4. Wujudkan proses penghasilan output.
    5. Melaksanakan proses.

Dalam melaksanakan langkah-langkah ini, sistem-sistem pengukuran prestasi kualiti hendaklah juga diwujudkan pada setiap peringkat. Tujuannya ialah untuk mengukur kesempurnaan langkah-langkah yang dijalankan itu. Sekiranya melalui pengukuran ini dapat dikesan sebarang kecacatan kepada output yang diusahakan, maka tindakan-tindakan pembetulan boleh diaturkan dengan segera.

Selaras dengan Nilai Bitara yang berorentasikan pelanggan membahagikan kepada 4 bahagian iaitu responsive dimana pelajar yang responsif akan bersama-sama berforum dalam ruangan forum MyGuru secara aktif tanpa menunggu tempoh tertentu.Manakala guru yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga,menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari halangan dalam tugasan atau pengajaran.Guru akan merancang Mengikut keperluan dn kepentingan murid. Ini sejajar dengan ciri guru berkesan yang ke-6 iaitu prihatin dengan kehendak murid dan ibubapa.Guru yang prihatin terhadap murid sudah pasti dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan.Apabila guru prihatin terhadap murid mahupun ibubapa sudah pasti akan menjadikan hubungan yang mesra dan saling hormat-menghormati.Contohnya, guru  melihat  murid tidak keluar rehat dan bertanyakan sebab,sekiranya duit murid tercicir, guru tolong beri duit kepada murid. Budi guru akan dikenang oleh murid ataupun ibu bapa.Selain itu, kerja yang berkualiti merupakan kerja yang dilakukan dan memberi kepuasan kepada murid,pentadbir ataupun ibubapa juga penting dalam membina guru berkesan, murid gemilang.



5) Kreatif  Inovatif

Kreatif  bermaksud kebolehan individu dalam mengembangkan sesuatu idea manakala inovasi adalah sesuatu yang baru samada kaedah,teknik,idea atau pun apa sahaja yang baru.Peranan guru sebagai inovator amat nyata sekali kerana guru selalunya dianggap sebagai agen perubahan.

Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,”walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicandangakan itu akan menjadi kenyataan atau tidak ,adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah……”Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seseorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Guru perlu bersifat kreatif terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran ,peka dalam hal-hal perubahan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah pengajaran serta aktif dalam bilik darjah berhubung dengan pengelolaan,pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah. Contohnya,guru menggunakan slaid power point untuk mengajar sains .Mula-mula guru menunjukkan biji benih kemudian agen-agen pencambahan biji benih,seterusnya menunjukkan pokok yang tumbuh.Keadaan ini pasti memukau murid-murid.Justeru itu, guru harus melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

Penutup

 Menjadi guru berkesan dan pencapaian pendidikannya yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggapan guru-guru sendiri mengubah paradigma, hmenggubah stail berfikir danbertindak secara orang yang profession dan  paling penting menjadi seorang guru tidak mudah patah semangat.

Guru yang professional sentiasa mempamerkan cirri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkahlaku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam.Kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada peyempurnaan tugasnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Seperti kata Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’Abd.Shukor Abdullah didalam perutusan  HariGuru 1999,beliau menyebut:“Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu, pada setiap masa , kaum guru sekalian hedaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik”.

  

Rujukan

Ab. Aziz Yusof.2000.Perubahan dan kepimpinan,sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia.

Ee Ah Meng.1994.Sekolah dan Bilik Darjah,Johor Bharu:Penerbit Fajar Bakti

Mok Soon Sang 1996.Pendidikan  di Malaysia ,Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

HS.hasibuan Botung 29 April 2008,Pengertian dan Profesional Guru Pendidikan Agama Islam:http://ucokhsb.blogspot.com/2008/04/pengertian-dan-profesional

Khutbah Jumaat.16 April 2010,Mesjid PT. Toyota Astra Motor:http://www.nasehatislam.com/

Ee Ah Meng.Psikologi dalam Bilik Darjah,Johor Bharu:Penerbit Fajar Bakti

Agussampurno,Apple for the teacher.6 November 2005

KKD 2063 Pembangunan Sahhsiah,Modul Pendidikan Jarak  

Jauh(PJJ)UPSI,Tanjong Malim 2011

Saipo bin Ayub,Jabatan Kajian Sosial,MPI:Guru menghadapi perubahan.http://pusat panduan.com/guru-menghadapi-perubahan












No comments:

Post a Comment