Tuesday 15 November 2011


KURSUS

KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN



GROUP : EL-D12



PENSYARAH :

DR ABD. RAHIM BIN MOHD SHARIFF



TAJUK TUGASAN:

MIKROPENGAJARAN DAN REFLEKSI



NAMA :

MAKHFUZAH BT ISMAIL



NO. MATRIK :

                                          D20102046800

ALAMAT EMAIL : makhfuzah@gmail.com


MAKHFUZAH BINTI ISMAIL                                                                                     D20102046800

  

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran          : Pendidikan Islam ( Ibadah )

Tingkatan                   : 1 Bestari

Bilangan Pelajar        : 30 orang

Tarikh             : 13  Oktober  2011

Masa                           : 8.00– 8.30 pagi (30 minit)

Tajuk                          : Wuduk(  Sunat )



Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;

                                    i)   menyatakan perkara sunat semasa wuduk

ii) membezakan antara perkara sunat dengan rukun wuduk

iii) membuat demontrasi mengambil wuduk


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

                                    i)  set induksi

                                    ii)  aktiviti   : Peneranganan ,soaljawab,demontrasi

                                                         Penggunaan alat bantu – Gambar

-        Bahan maujud

-         Lembaran kerja
                                                                                           
                                     iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran


 
Nilai    : , patuh pada perintah Allah, memberi perhatiani, bertanggungjawab

KBKK : menstruktur, menghuraikan, membandingbeza, membuat demontrasi, mengingat, mengamalkan.

Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar dan sudah mengamalkan wuduk dalam amalan seharian           

Pelaksanaan P&P :

Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 3
-
( 9 minit)
-        Guru dan murid-murid berbincang cara mengambil wuduk.
-        Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid
-        Murid diminta menunjuk cara mengambil wuduk secara kelas dan individu
Nilai :
-bekerjasama



Penerangan Pelaksanaan P&P:

Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-4
-        Guru bersoaljawab dengan murid-muid  cara mengambil wuduk.
-        Contoh soalan-soalan yang dikemukakan ialah:
1)     Mula-mula sekali apa yang kita perlu baca untuk berwuduk? 
2)     Bila kita mesti niat berwuduk?
3)     Tangan mesti dibasuh sampai mana?
Minit 5-9
-        Guru menunjukcara mengambil wuduk.
-        Guru meminta semua murid melakukan demontrasi wuduk.
-        Guru meminta wakil murid melakukan demontrasi diikuti murid lain





MAKHFUZAH BINTI ISMAIL                                                                   D20102046800



REFLEKSI MIKROPENGAJARAN


KEKUATAN

         Kekuatan dan kelebihan yang dapat dikesan dalam mikropengajaran saya ialah pengawalan kelas yang baik dan menyeluruh.Pengawalan kelas yang baik melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran .Murid  boleh belajar tanpa gangguan  seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru.Tanpa pengawalan kelas yang baik, proses pengjaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengn baik. Kemahiran mengawal kelas  amat penting bagi seorang guru.Pengawalan kelas yang baik akan menentukan  objektif tercapai dan murid dapat belajar dalam keadaan tenang.

          Suara guru yang lantang dan jelas membolehkan murid mendengar  dengan baik seterusnya memudahkan pemahaman murid. Kelantangan suara menampakkan ketegasan guru yang menyebabkan murid akan lebih hormat kepada guru.Murid akan memfokuskan dan menumpukan sepenuh  perhatian terhadap sesi pengajaran yang berlangsung.

           Selain itu, penghargaan yang diberi kepada murid  dengan memuji dan menepuk tangan juga dapat memberi motivasi kepada murid. Motivasi amat penting bagi murid kerana murid akan rasa diri dihargai dan perasaan bangga pada diri sendiri  akan tersemat dalam hati seterusnya memberi  semangat untuk belajar.Pujian akan menyebabkan murid akan berasa gembira dan seronok untuk belajar.Tanpa pujian, murid akan belajar secara lesu dan tidak bermaya.

           Berdasarkan mikropengajaran, guru juga prihatin terhadap pakaian murid yang selekeh.Guru bijak memberi teguran kepada murid. Jelas disini guru menanamkan sikap berdisiplin dan berpakaian  kemas . Oleh itu,murid akan berhati-hati dan akan sentiasa kemas.


KELEMAHAN

         Kelemahan dan kekurangan yang ketara dalam mikropengajaran saya adalah penggunaan dialek Kelantan. Sememangnya penggunaan dialek Kelantan meransang kefahaman murid namun ia memberi kesan kepada murid dalam berbahasa Melayu yang betul.

         Selain itu, kekurangan yang dapat dikesan ialah teknik penyoalan secara kelas boleh menyebabkan guru tidak dapat mengesan murid yang lemah.Guru akan andaikan semua murid memahami pembelajaran padahal ada murid yang keciciran .

         Penggunaan masa juga tidak tepat.Sepatutnya masa yang diperuntukkan adalah 9 minit tetapi telah terlebih 3 minit. Keadaan ini boleh mengganggu masa guru lain.Walaubagaimanapun objekti tercapai.




 LANGKAH  MENGATASI

          Setiap sesi  pengajaran pasti ada kekurangan dan kekuatan. Justeru itu, langkah untuk penambahbaikkan perlu dibuat untuk menjamin pengajaran yang berkuliti. Guru sepatutnya memahirkan diri dalam penggunaan Bahasa Melayu yang betul, kerana bahasa adalah alat komunikasi terpenting. Sekiranya guru terpaksa berpindah ke negeri lain menjadikan guru agak kekok untuk berkomunikasi.

             Seterusnya, guru boleh menyoal murid secara kelas tetapi guru harus peka kepada murid yang lembab. Soalan harus diutarakan kepada murid tersebut supaya guru dapat mengenalpasti  muid yang tercicir.

            Selain itu, ketepatan masa juga  perlu dibaiki bagi melancarkan proses pengajaran dan guru tidak tercicir dalam setiap langkah pengajaran dari set induksi sehinggalah kepada penutup.Penggunaan masa yang tepat adalah penting supaya tidak mengganggu mata pelajaran lain. Masa yang tepat akan melahirkan  pengajaran yang berkesan.


No comments:

Post a Comment